Friday, 14 October 2011

Kebangkitan Rakyat Amerika, "Occupy Wall Street, End Federal Reserve!!"

Wall Street merupakan pusat perdagangan saham yang terletak di New York City.. Tapi, sejak beberapa hari ini kita ada mendegar berita mengenai rusuhan yang berlaku di sekitar Wall Street di Amerika Syarikat. Rusuhan dilakukan oleh golongan yang merupakan Anti-Wall Street yang menuntut keadilan ekonomi bagi rakyat Amerika. 

Kebayakan daripada rakyat Amerika sekarang mulai sedar akan wujudnya satu konspirasi dimana satu sistem yang hanya menguntungkan golongan elit di sana. Yang kaya akan terus kaya manakala yang sederhana dan kurang berkemampuan akan terus merasai perit tatkala hidup dalam keadaan ekonomi yang teruk pada ketika ini. 

Ada spekulasi mengatakan bahawa golongan perusuh ini dibiayai oleh George Soros, iaitu antara 10 orang terkaya di Amerika Syarikat. Terdapat sesetengah pendapat pula mengatakan rusuhan tersebut mempunyai agenda tersembunyi Soros. Namun George Soros dilihat menafikan bahawa rusuhan itu ada kaitan dengannya. Lihat kemarahan rakyat Amerika terhadap sistem kewangan US..

video

Ada beberapa syarikat gergasi di Amerika serta badan kerajaan sendiri mulai menyalahkan sistem kapitalis menjadi punca kepada segala masalah ekonomi Amerika kini yang membuatkan rakyat bangkit dari lamunan panjang. Namun terdapat beberapa aktivis mengatakan bahawa itu hanyalah retorik untuk mengelak  dari kesalahan mereka sendiri serta dapat menyalahkan pihak lain.

Tambahan lagi, ada yang berpendapat bahawa sekarang ini sudah sampai masanya golongan elit ini untuk menjatuhkan sistem yang mereka cipta iaitu sistem kapitalis. Sistem yang hanya menguntungkan mereka sejak dari mula ia dicipta sehinggalah sekarang. Sistem ini dilihat sudah sampai ke waktu kehancurannya dan hanya menunggu masa untuk musnah. 

Golongan elit Amerika Syarikat ini memang mempunyai agenda tersembunyi, malah ada beberapa pendapat yang mengatakan bahawa akan terjadi satu perang besar yang bakal berlaku dalam masa terdekat disamping kejatuhan ekonomi global yang telah lama dirancang. Jika kita tengok dalam surat khabar setiap hari ada sahaja masalah yang dilaporkan.. Insyaallah kalau ada masa saya akan ulas. 

Selain itu, cuba kaji dan baca mengenai masalah yang berlaku seperti Amerika Syarikat dan China dalam masalah export dan import. Malah Amerika mengutuk dasar kerajaan China membiarkan matawangnya lemah untuk mengusai perdagangan import-export. Kita boleh lihat rampasan kuasa barat secara beransur-ansur sejak akhir ini keatas negara-negara Arab yang sesungguhnya mempunyai agenda tertentu.

Disini ada satu lagi video berkenaan kesan sistem matawang kertas, sistem perbankan Fractional Reserve Banking (FBR) dan Federal Reserve, inflasi (Inflation), Pengangguran (Recession) yang akan mengakibatkan Kejatuhan Ekonomi Global (Global Economic Collapse) :


                         video

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...