Wednesday 2 November 2011

Kos Haji Murah jika.....

Source : Utusan Malaysia (3 Oct 2010)

YAN 2 Okt. – Kenaikan kos menunaikan ibadah haji bagi jemaah dari negara ini mungkin tidak dapat dielakkan pada tahun depan berikutan peningkatan tambang dan kos penginapan di tanah suci Mekah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan terpaksa menaikkan kos mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim akan datang dan pihaknya sedang mempertimbangkan kewajaran kenaikan tersebut.

Katanya, jika benar berlaku, kenaikan itu akan mengambil kira dan menjaga kepentingan semua pihak terutama para jemaah serta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH). “Saya mengharapkan kalau berlaku kenaikan sekalipun ia tidak membebankan jemaah haji. Saya rasa jemaah haji dalam konteks yang ada sekarang amat memahami bahawa di rantau sebelah ASEAN, kita mengenakan harga paling rendah” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Aidilfitri dan Penyampaian Sumbangan 2010 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini hari ini. Jamil Khir berkata, pengurusan TH sedang melaksanakan kajian kenaikan kadar menyeluruh tambang haji tahun hadapan melibatkan pelbagai sudut dan aspek. Katanya juga, kajian itu perlu dilakukan kerana kenaikan kos penginapan dan tempat tinggal para jemaah di sana selain kos bagi proses pembesaran Masjidil Haram serta kemudahan lain yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.  Bahkan, kata beliau, kerajaan Arab Saudi meletakkan kenaikan sekurang-kurangnya 25 peratus yang melibatkan penginapan dan makanan di Kota Mekah. ‘‘Kajian mengenai perkara ini mungkin selesai pada penghujung tahun ini apabila pasukan yang ditugaskan tiba di Mekah untuk mengkaji sendiri kos sebenar seperti penginapan di kawasan baru di sana”, ujar beliau.



"Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah dalam Bulan Haji dengan mengerjakan rukun-rukunnya seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan sebagainya. Ia telah difardhukan Allah swt pada Tahun 5 Hijrah ke atas setiap orang Islam yang memenuhi syarat iaitu berakal, baligh dan berkemampuan. Haji terletak dalam Rukun Islam iaitu yang ke 5."
Allah swt berfirman bermaksud,  
"Dan sempurnakanlah Haji dan Umrah kerana Allah" (Al-Baqarah ayat 196)

"Dan untuk Allah, wajib ke atas manusia mengerjakan Haji di Baitullah (Kaabah) bagi sesiapa yang mampu sampai ke sana. Barangsiapa yang engkar, maka Allah Maha Kaya (tidak memerlukan) dari semesta alam" (Ali Imran ayat 97)                                                       
 
            Gambarajah kiraan kos Haji berdasarkan Dinar tahun-tahun lalu


Saban tahun, kos menunaikan Haji dalam bentuk Dinar Emas mengalami penurunan. Ini kerana, nilai emas sentiasa naik sekurang-kurangnya 25% setahun.

Mengikut gambarajah di atas,

Tahun 2002 
Harga 1 Dinar  = RM140
Kos Haji = 65 keping Dinar
Anggaran dalam Ringgit Malaysia = RM9,100
Jumlah Dinar yang diperlukan adalah 65 keping


Tahun 2009 
Harga 1 Dinar  = RM502
Kos Haji   = 18 keping Dinar
Anggaran dalam Ringgit Malaysia = RM9,036
Jumlah Dinar yang diperlukan adalah 18 keping

 
Tahun 2011 
Harga 1 Dinar  = RM788
Kos Haji   = 12 keping Dinar
Anggaran dalam Ringgit Malaysia = RM9,456
Jumlah Dinar yang diperlukan adalah 12 keping

Cuba bayangkan jika anda membeli 12 keping 1 Dinar pada tahun 2002, kos anda yang perlukan waktu itu ialah RM1680. Anda cuma perlu simpan wang dinar itu dan 9 tahun kemudian anda sudah dapat menunaikan haji! Hebatkan penangan emas ni?  Tapi berbeza pula kalau anda simpan wang tunai di tabung haji kenaikan setahun secara purata cuma 5% sahaja. Adakah 9 tahun kemudian sudah cukup RM10,000? Sudah tentu tidak..

Di sini, kesimpulan yang dapat kita lihat ialah walaupun kos untuk menunaikan Haji semakin meningkat, namun jika kita menyimpan Dinar Emas dari sekarang, kos itu mampu diimbangi kerana nilaian emas semakin bertambah setiap tahun. Tak mustahil beberapa tahun lagi, jemaah Haji  hanya memerlukan kurang dari 8 Dinar untuk menunaikan fardhu Haji.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyimpan dalam bentuk emas kerana emas sememangnya pemegang nilai yang unggul. Dengan emas dan perak, kewangan kita akan lebih stabil walaupun dalam inflasi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...