Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) merupakan syarikat pertama di Malaysia yang menjual emas pelaburan pada harga pasaran antarabangsa. Syarikat yang berpangkalan di Bukit jambul, Pulau Pinang mempunyai falsafah untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan yang terunggul dan selamat. Ini membolehkan masyarakat Malaysia membeli dan menjual emas fizikal pada harga yang kompetitif. Perbezaan di antara harga belian yang rendah sekitar 5-6% adalah sangat menarik jika dibandingkan dengan kedai emas (sekitar 13% – 25%).
Produk:
Selain dari menjual dinar-dinar emas, Public Gold juga menawarkan dua bentuk emas pelaburan yang terbaik iaitu:
1. Syiling emas (ketulinan 999.9)
2. Jongkong emas / gold bar (ketulinan 999.9)
Syiling emas:
Syiling emas yang dijual adalah di dalam bentuk 50 gram.
Jongkong emas / Gold bar yang dijual oleh Public Gold adalah seperti berikut:
1. 20 gram
2. 50 gram
3. 100 gram
4. 1 kilogram
Sijil ketulenan emas:
Sijil Ketulenan Emas Public Gold
Setiap pembelian jongkong emas atau dinar emas akan disertakan dengan sijil pengesahan ketulenan yang ditandatangani oleh “Assayer” yang diiktiraf. Ini bagi menjamin kualiti emas yang dibeli.Oleh kerana Public Gold menjual emas mengikut harga pasaran emas antarabangsa, maka, harganya sentiasa berubah-ubah. Bagi pembeli daripada luar Pulau Pinang, terdapat kos pengangkutan yang perlu ditambah. Ia adalah seperti berikut:
1. 20 gram = RM10
2. 50 gram = RM20
3. 100 gram = RM30
4. 1 Kilogram = RM300
Jika pembeli berniat untuk membeli produk Public Gold, mereka boleh membuat tempahan dengan Public Gold ataupun membeli emas Public Gold melalui agen-agen di seluruh Malaysia. Pembayaran tunai perlu dibuat dalam masa yang ditetapkan. Jika bayaran tidak diterima maka tempahan akan dikira batal.
Kebaikan membeli emas daripada Public Gold:
Membeli emas dengan Public Gold mempunyai banyak kelebihan:
1. Stok sentiasa ada (Public Gold mengeluarkan sendiri produk emas mereka).
2. Harga yang jauh lebih rendah daripada kedai emas.
3. Memberi jaminan membeli balik emas mereka mengikut harga belian walaupun calar.
4. Perbezaan (spread) harga belian dan jualan yang rendah (sekitar 5%-6%).
5. Kualiti emas yang terbaik (jongkong emas dengan kualiti 24 karat).
6. Mempunyai agen yang ramai di seluruh Malaysia.
Pengiktirafan:
Pengiktirafan Malaysia Book of Records
Public Fine Gold telah menjadi syarikat pertama di Malaysia yang mencipta rekod “The Malaysian Book of Record” sebagai Pengeluar gold bar tempatan pertama mendapat pengiktirafan assayer dari segi ketulenan jongkong emas keluaran mereka.
Cawangan Public Fine Gold:
Main Office: | 12E First Floor, Jalan Rumbia, 11900 Bukit Jambul, Penang, Malaysia. E 101° 42’ 34.6” N 3° 9’ 22.1” |
Bishop Branch: | No.84, Lebuh Bishop, 10200 Penang, Malaysia. E 100° 17’ 18” N 5° 19’ 54” |
Sunway Branch: | 42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor), Mentari Business Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor. E 101° 36’ 40.7” N 3° 4’ 34.6” |
Sunway Seminar Hall: | 16-1A, Jalan PJS 8/6, Sunway Mentari Plaza, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. |
Ipoh Branch: | No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom, 30250 Ipoh, Perak. E 101° 5’ 6” N 4° 35’ 35” |
Kelantan Branch: | Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan, 15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. E 102°14’35.4” N 6°7’50.4” |
SP Branch: | No. 86B, 1st Floor, Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah. E 100°28’58” N 5°38’21” |
JB Branch: | 45A&B, Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor. |
Kuantan Branch: | A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah 25250 Kuantan, Pahang. |
Kuala Terengganu Branch: | 16A, 1st & 2nd Floor, Jalan Sultan Ismail 20200 Kuala Terengganu, Terengganu. E 103°7’47” N 5°19’44” |
Kuching Branch: | 3rd floor, Lots 456 & 457, Al-ldrus Commercial Centre, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak. |
Melaka Branch: | No. 9-A, 9-B, Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, 75350 Melaka. |
Seremban Branch: | 152-1 & 152-2, Block M, Taipan Senawang, Jalan Taman Komersil Senawang 1, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. |
Alor Setar Branch: | No. 1577, 1st & 2nd Floor, Jalan Kota Alor Setar, 05000, Kedah. |