"New World Order". Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila melihat dan membaca frasa tersebut? ‘Pemerintahan dunia baru'. Apakah ianya sekadar ‘peralihan kuasa' daripada tampuk pemerintahan lama kepada yang baru?
Dunia Milik Golongan Elit
Berdasarkan rujukan, ‘new world order' adalah satu pemerintahan yang diorganisasikan oleh sebuah ‘kuasa' yang besar dan kuat. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki. Tidak dinafikan jika dilihat kembali, kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan elit. Golongan elit ini juga lebih dikenali sebagai "Illuminati". Apabila disebutkan ‘pertalian kekeluargaan', ini menunjukkan bahawa golongan ini telah lama wujud, iaitu sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Jadi, ini bermakna ‘new world order' ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama di jalankan, dan ianya berlarutan sehingga kini. Ianya hanya akan ‘tamat', apabila agenda mereka tercapai.

The Jason Society, Iluminati & Nuklear
Objektif golongan ini adalah untuk menguasai setiap orang yang berada di atas muka bumi ini secara menyeluruh (total). Mereka juga bermatlamat untuk mengurangkan populasi pendudukan manusia di bumi supaya setiap pergerakan dan perlakuan seseorang individu itu mudah untuk dikawal. Pada tahun 1957, satu symposium telah diadakan dalam usaha mereka membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya objektif dan matlamat mereka ini dapat membuahkan hasil. Melalui symposium ini, satu kumpulan intelektual telah dibentuk, yang bertujuan untuk menganalisa perbincangan yang telah dibuat. Kumpulan ini dikenali sebagai The JASON Society, dimana pada dasarnya kumpulan ini terdiri daripada kelompok rahsia Illuminati ini. Daripada 3 usul yang dibangkitkan, 2 daripadanya telah diterima. Satu lagi usul tidak diterima kerana ianya melibatkan penggunaan senjata nuklear.
Maka, apa yang dapat disimpulkan? Jika golongan ini adalah golongan yang mahu membawa perubahan yang positif kepada masyarakat dunia, kenapa perlunya ada penggunaan senjata nuklear? Kenapa perlunya mengurangkan populasi dunia semata-mata untuk mengawal seorang individu? Kita perlu juga mengetahui, bahawa matlamat mereka untuk mengawal pergerakan individu tidak mustahil, dengan izin Allah SWT dan penggunaan satelit.
Satelit komunikasi adalah proses dimana isyarat radio dipindahkan kepada satelit yang berada di luar bumi. Kemudian, isyarat tersebut akan di hantar ke stesen yang berada di atas muka bumi, ataupun ke satelit yang lain untuk pemindahan isyarat yang seterusnya. Komunikasi ini tidak melibatkan wayar, menara mahupun alatan yang lain, kerana yang perlu adalah alat untuk menghantar (transmitter) dan menerima (receiver).
Bandar Bawah Tanah dan Star Wars
Sekarang beralih pula kepada 2 usul lain yang telah diluluskan oleh The JASON Society. Berpegangkan kepada matlamat mereka untuk menguasai masyarakat dunia, usul mereka yang lain ialah membina satu rangkaian bandar bawah tanah yang besar. Bandar ini berfungsi sebagai perlindungan kepada golongan elit Illuminati, ahli politik dan tentera yang terpilih. Menurut sumber, sehingga bulan Mei 2001, terdapat 133 buah bandar bawah tanah yang sudah di bina Utara Amerika.
Tahukah anda mengapa mereka memilih untuk mendiami bahagian bawah tanah? Hal ini adalah untuk memastikan keselamatan diri mereka, tatkala mereka berusaha untuk ‘mengurangkan' populasi dunia, dengan cara menyebarkan sebanyak mungkin penyakit dan wabak kepada manusia. Wabak-wabak ini di kenali sebagai ‘penyakit biokejuruteraan' (bioengineered diseases) yang akan di bawa oleh ‘bioengineered pathogens'. Apakah maksudnya? Maksudnya, penyakit-penyakit ini memang telah dicipta dan direka pathogen. (Pathogen ialah organisma mikrokospik yang boleh menyebabkan penyakit. ‘Mikrokospik' membawa maksud sangat kecil, yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop.)
Terdapat juga sebahagian pathogen yang memang dikhususkan untuk menghapuskan beberapa etnik yang wujud di muka bumi ini. Antara etnik sasaran mereka ialah orang kulit gelap (blacks), Hispanics (mereka yang berbangsa Spain atau negara yang menjadikan Spanish sebagai bahasa perantara), orang kulit gelap Africa (black Africans), penduduk asal Amerika (native Americans) dan golongan homoseksual.
Usul mereka yang lain ialah operasi ini perlu dilaksanakan di Bulan dan planet yang terdekat dengan bumi, iaitu Marikh. Hal ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu apabila mereka berusaha untuk mengurangkan pendudukan penduduk di Bumi, mereka akan mendapatkan perlindungan di dua tempat tersebut. Terasa seperti cerita sains fiksyen pula, kan? Adakah anda rasa cerita-cerita sains fiksyen seperti Star Wars dan lain-lain disajikan secara sahaja kepada anda? Kita mungkin merasa ianya tidak logik, kerana kita kurang membuat kajian seperti apa yang mereka sudah lakukan. Kita menerima cerita-cerita tersebut sebagai sebuah khayalan dan imaginasi serta hiburan. Sedarkah kita bahawa sebenarnya dalam usaha mereka menyajikan kita dengan kisah-kisah sains fiksyen ini, mereka juga berusaha untuk menjadikan imaginasi mereka ini sebagai satu kenyataan. Hal ini memang tidak mustahil apabila kita melihat kemajuan teknologi mereka yang lebih kehadapan.

Iluminati, Pemujaan Syaitan & Zaman Mesir Purba
Kini beralih pula kepada "Illuminati". Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan illuminati? Berdasarkan rujukan Compact Oxford Dictionary & Thesaurus Second Edition, ‘illuminate' membawa makna menerangi sesuatu, manakala ‘illumination' bermaksud cahaya. Maka, apa kesimpulan yang boleh anda buat daripada maksud-maksud perkataan yang telah diberikan? Sebelum kita meloncat kepada satu kesimpulan yang jitu, adalah baiknya jika kita melihat maksud yang tersirat kepada setiap patah perkataan yang telah diberikan.

Illuminati ini merujuk kepada sebuah organisasi yang pernah wujud di sekitar tahun 1776, dan mereka juga sebenarnya ialah secret society (pertubuhan rahsia). Secret society ini mempunyai satu upacara rahsia dalam kalangan ahlinya. Upacara ini termasuklah daripada upacara yang biasa, kepada upacara mistik. Ketahui juga bahawa upacara ini sering melibatkan pemujaan syaitan ataupun lebih dikenali sebagai ‘luciferian belief. Illuminati yang wujud pada masa kini ialah organisasi yang berselindung di sebalik sesebuah pentadbiran, dan dalam masa yang sama cuba mengawal pentadbiran tersebut demi merealisasikan ‘pemerintahan dunia baru' mereka.
Mereka juga mengamalkan ritual pemujaan yang sangat hebat, dimana perkara ini berlaku di Utara California. Disana terdapat Bohemian Grove yang berukuran 45 kaki. Bohemian Grove ini hanyalah batu yang berukir ‘burung hantu' yang menjadi tempat untuk mereka memuja. Upacara tahunan ini dilakukan oleh mereka, dan di dakwa bahawa setiap Presiden Amerika Syarikat juga perlu menyertainya. Upacara pemujaan ini dasarnya mengikut cara pemujaan pada zaman Mesir Purba dahulu kala. Pada zaman tersebut, mereka menyembah Tuhan Api Molech. Molech ini adalah batu burung hantu yang besar, dimana di bahagian ‘perut'nya di tarah untuk membakar kanak-kanak sebagai korban. Perkara ini adalah penting bagi ‘luciferian thinkers', sama seperti hari ini. Mereka perlu untuk menimbulkan perasaan takut ke dalam diri masyarakat, jika mereka mahu dipatuhi. Perasaan takut ini adalah hasil daripada ‘hypnosis'. ‘Hypnosis' adalah satu praktis yang menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan yang mudah untuk di kawal dan akan bertindak mengikut arahan.

Pemujaan seperti ini sering kita dengar, bukan? Seringkali terjadi pada zaman Mesir Purba, dimana kebanyakkan masyarakat tidak menyembah Tuhan. Mereka percaya kepada kuasa-kuasa sihir (magic) dan pemujaan supaya mereka dapat menguasai sesebuah kerajaan. Cuba kita lihat kembali surah Al-Baqarah, ayat 101 dan 102.
"Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul (Muhammad) dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang diberi Kitab (Taurat) melemparkan Kitab Allah itu ke belakang (punggung), seakan-akan mereka tidak tahu."
"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di negeri Babilonia. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan, "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kafir." Maka mereka mempelajari dari keduanya apa yang (dapat) memisahkan antara (suami) dan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu."

Nabi Sulaiman Dituduh Ahli Sihir
Berdasarkan tafsir Ibn Kathir mengenai ayat ini, Allah menegaskan bahawa Nabi Sulaiman itu bukan kafir tetapi syaitan itu lah yang kafir. Seperti yang kita tahu, Nabi Sulaiman AS mempunyai kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT untuk bertutur dengan semua hidupan, termasuklah manusia dan haiwan. Sebelum itu, syaitan telah naik ke syurga dan mencuri dengar perbualan di antara para malaikat tentang apa yang akan berlaku di atas muka bumi termasuklah tentang perkara ghaib dan kematian. Kemudian syaitan menyampaikan tentang apa yang di dengari ini kepada tukang tilik.
Tukang tilik ini mempercayai kata-kata syaitan tersebut, dan syaitan pun mula untuk menokok tambah tentang apa yang telah di dengari. Syaitan telah menambahkan 70 perkataan yang salah kepada setiap perkataan yang betul. Jadi, tukang tilik ini mula menulis dan menyimpan di dalam buku-buku tentang apa yang diberitahu oleh syaitan tadi. Apabila Nabi Sulaiman AS dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul-Nya, beliau telah mengumpul kesemua buku-buku sihir ini dan menyimpannya ke dalam sebuah kotak dan di tanam di bawah singgahsananya. Mana-mana syaitan yang berani untuk mendekati kotak itu, akan terbakar. Setelah kewafatan Nabi Sulaiman AS, bertukarlah beberapa generasi. Kemudian, syaitan menjelmakan diri nya kepada manusia dan bertanya kepada sekumpulan kanak-kanak dari bani Israel sama ada mereka mahu atau tidak sesuatu yang tidak akan habis digunapakai oleh mereka.
Kemudian kanak-kanak itu bersetuju dan syaitan menyuruh kanak-kanak itu menggali. Akhirnya terjumpalah buku-buku sihir tersebut dan syaitan berkata, "Sulaiman mengawal manusia, syaitan dan haiwan dengan menggunakan sihir ini." Daripada sini lah tersebarnya berita bahawa Nabi Sulaiman AS sebagai ahli sihir. Padahal kesemua kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Sulaiman AS adalah sebagai kelebihan untuk membuktikan beliau ialah salah seorang utusan Allah SWT kepada kaumnya. Maka, dari sinilah pengamalan ilmu-ilmu sihir dan pemujaan syaitan berlaku.
Secara kesimpulan yang awal, kita dapat melihat bahawa ‘pemerintahan dunia baru' ini, melibatkan sebuah organisasi elit yang berharta serta terlibat dengan upacara pemujaan selain daripada Tuhan, di samping berkuasa mengawal pentadbiran yang ada sekarang. Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa pemerintah yang ada pada kala ini hanya sebagai ‘kerajaan boneka'.

Artikel : iluvislam.com
No comments:
Post a Comment