Dinar Emas

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

1. Pelaburan secara emas fizikal
2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

1. Syiling emas
2. Jongkong emas
3. Barang kemas

Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:

1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % – 40%).

Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:

1. Maybank – Syiling Kijang Emas
2. UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold – syiling dan jongkong emas
4. Public Dinar – Dinar emas
5. Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas

KELEBIHAN KIJANG EMAS.

1. Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia
2. Mempunyai spread yang rendah (3.1% – 6.6%)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja)
5. Harga yang rendah
6. Boleh digadaikan kalau nak guna cash
    p/s: Spread bermaksud perbezaan di antara harga belian dan jualan.

KELEMAHAN KIJANG EMAS.

1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan menerima kembali.
3. Boleh dibeli pada waktu banking hour Maybank sahaja.
4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok.
5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai kad kredit.

KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB

1. Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia.
2. Mempunyai spread yang rendah (2.5% – 19.6%)
3. Kualiti emas 24k (999.9)
4. Harga yang rendah
5. Boleh digadaikan kalau nak guna cash

KELEMAHAN EMAS FIZIKAL UOB

1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.
2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali.
3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang
4. Boleh dibeli pada waktu banking hour UOB sahaja.

KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.
2. Harga yang dijual adalah kompetitif
3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)
4. Spread yang kecil (antara 5% – 6%)
5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.
6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.
7. Emas Public Gold boleh digadaikan.
8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang.
9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.

Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.

1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.
Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:

1. Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold)
2. Dinar Emas Kelantan

KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas.
2. Spread yang rendah (5% – 6%)
3. Boleh digadaikan di Ar-rahn
4. Design yang cantik
5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.

KEBAIKAN DINAR EMAS KELANTAN:

1. Harga yang rendah – baik untuk mereka yang baru nak bermula
2. Boleh digadaikan di Ar-rahn

KELEMAHAN DINAR EMAS KELANTAN:

1. Spread dinar emas Kelantan agak tinggi iaitu 9%
2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-rahn dinar emas Kelantan.

KEBAIKAN JONGKONG EMAS POH KONG:

1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit
2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.
  
KEBURUKAN JONGKONG EMAS POH KONG:

1. Harga emas yang dijual adalah tinggi
2. Kadang-kadang ada kos workmanship
3. Spread yang sangat tinggi (10% – 25%)
4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula. Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, penulis e-book tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan. Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu

1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)

Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

KOMEN SAYA MENGENAI PELABURAN AKAUN SIMPANAN:

1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.
2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk
emas fizikal.
3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih rendah daripada harga belian.

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI
EMAS PELABURAN.

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.
3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9 atau 916
4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar,bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar.

MEMILIH EMAS FIZIKAL ATAU AKAUN SIMPANAN EMAS?

Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas? 
Jawapan saya: BELI EMAS FIZIKAL..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...