Adakah jual beli sama dengan riba? Disini saya ingin berkongsi mengenai pandangan beberapa orang yang ilmuan dan mahir dalam persoalan ini. Saya rumuskan dalam artikel ini dan berharap ianya membantu saudara dalam memahami masalah ini.
Contoh yang boleh diperhatikan adalah seperti ini,
JUAL BELI
Beli 1 ekor ayam, bayar RM12.00
Beli 1 ekor ayam, bayar 10 biji kelapa.
Lebihan atas jualan dikira UNTUNG.
Namun tetapi sekiranya UNTUNG berlibat kali ganda itu adalah RIBA.
Amalan mengambil untung secara berlebihan atau RIBA. Ianya merugikan orang ramai!

RIBA:
Riba melibatkan pinjaman.
Pinjam 1 ekor ayam, pulang balik 1 ekor ayam juga.
Pinjam RM1, pulang balik RM1 juga.
Pinjam 2 pasang baju, pulang balik 2 pasang baju juga.
Kalau pinjam duit RM1, Pulangkan RM1.20 maka itu adalah RIBA.
Apa juga RIBA adalah haram!
Ambil contoh kes Mamat nak beli rumah.
Mamat mahu beli rumah tetapi hanya mampu membeli secara hutang.
Penjual mahu menjual secara tunai.
Bank tolong (biaya) Mamat.
Bank beli rumah dari penjual secara tunai.
Bank jual rumah kepada Mamat secara hutang. Bank bukan MEMINJAMKAN wang kepada Mat. Disini tiada RIBA.
Bank mengambil sedikit "keuntungan" bagi tujuan pengurusan oleh kerana pembayaran hutang melibatkan masa yang panjang (30thn cthnya).
Adakah "keuntungan" yang diambil itu adalah RIBA?
Ya, sekiranya "keuntungan" berlipat-ganda. Begitu juga penjual. Sekiranya penjual mengambil keuntungan jualan berlipat-ganda ia juga dikira RIBA.
Apa yang sepatutnya dicadangkan disini adalah bank dan penjual harus bekerjasama dalam mengambil "keuntungan" supaya tidak megambil untung secara berlipat kali ganda.
Mengikut pendapat ilmuan yang lebih mengetahui, bank harus mengambil keuntungan (tidak melampaui batas) di dalam urusan Jual-beli, tetapi dalam soal pinjaman (loan) wang, tidak ada kompromi dlm RIBA!

Keuntungan berlipat ganda tidak riba' jika ianya dari perniagaan yang melibatkan risiko, perbankan islam tidak mengambil risiko jadi walau untung 1 sen atau 100 kali ganda, ia tetap riba'. Cuma bezanya kemusnahan masyarakat cepat atau lambat bergantung kepada kadar riba' itu sendiri.
Tetapi mengapa penjual dan bank harus bekerjasama? Mengapa perlu bergantung kepada bank dan mengapa bank tidak bertindak sebagai pemaju, mengupah kontraktor dan kemudiannya menjual rumah tersebut, jika modal 100 ribu tapi jual 1 juta dan beri pembeli bayar balik 100 tahun, itu tidak riba', kerana apa?
Kerana bank tersebut akan TANGGUNG RISIKO dan inilah ciri-ciri perniagaan sebenarnya
yang mana Allah SW akan membuat sesetengah hambaNya akan mendapat keuntungan dan sesetengah yang lain pula akan rugi jadi kekayaan boleh dan akan tersebar secara adil mengikut ketentuanNya.
yang mana Allah SW akan membuat sesetengah hambaNya akan mendapat keuntungan dan sesetengah yang lain pula akan rugi jadi kekayaan boleh dan akan tersebar secara adil mengikut ketentuanNya.
Akan tetapi mengapa tiada bank yang berbuat demikian? Rahsia sebenarnya adalah kerana bank tiada duit yang telus (hard cash). Asset bank yang dilihat dalam penyata kira-kira mereka seolah-olah berjuta-juta ringgit itu kebanyakannya adalah hutang-hutang yang belum dibayar, dan hutang rumah seperti inilah yang diperdagangkan di Amerika dan menyebabkan berlakunya sub-prime crisis. Jika saya kenyataan saya ini silap sekalipun dan mereka (bank) memang punyai wang, mereka tidak mahu mendedahkan wang mereka kepada risiko walau sedikit pun sebaliknya hanya mahu menggunakan wang "magik" itu sahaja. Jadi perbankan bukan perniagaan kerana risiko mereka hampir tiada atau diminimakan sehabis mungkin.
Pemaju tidak boleh membina rumah kerana tiada modal, oleh sebab itulah pemaju hanya mahu menjual kepada pembeli yang layak mendapat pinjaman sahaja, fikir-fikirkan... Akan tetapi disebabkan pemaju punya kelebihan dari segi modal asas dan juga kronism yang baik, lesen mudah diperolehi, tanah pertanian yang dahulunya dibeli 10 sen sekaki persegi sudah boleh ditukar kepada taraf komersial dan boleh dijual dengan 10 ringgit sekaki. Jadi yang kaya semakin kaya (ada modal dan kroni) dan yang miskin semakin miskin (tiada modal dan tiada kroni).
Pemaju tidak mahu menunggu mengumpul wang melalui perniagaan kecil-kecilan tanpa riba' dan kemudiannya menyimpan untung tersebut untuk projek yang lebih besar, kerana apa? kerana lambat… Dan inilah yang berlaku pada tahap individu yang mana untuk mengumpulkan wang sedikit demi sedikit amat lambat jadi untuk beli rumah dan kereta kenalah meminjam biarpun riba' ikut pintu depan ataupun pintu belakang.

Kita semua telah di"basuh minda"nya oleh sistem pengiklanan yang mana menerusi teknik pengiklanan yang mengasyikkan, memberi kesan kepada "reptilian brain" manusia yang mana barangan dan corak kehidupan (lifestyle) yang sepatutnya hanya didalam kategori "kehendak" bertukar menjadi "keperluan", contohnya untuk hidup mengikut keperluan, suami isteri dengan dua anak boleh menyewa rumah (hidup tanpa riba") apartmen dalam RM500 sebulan (terpaksa juga bersabar diatas kesusahan yang dihadapi) dan lebihan wang dikumpul untuk membeli rumah secara tunai dikemudian hari, tetapi lebih rela menjadi hamba bank membeli rumah RM500 ribu dan membayar balik hampir 3 ribu sebulan dan yang mana RM2500 adalah riba' dan hanya RM500 untuk bayar prinsipal (sama dengan menyewa). Kita semua telah ditipu dan kebanyakan masih terlena dibuai mimpi didalam mimpi ini.
Alasan utama kebanyakannya adalah untuk hidup dengan lebih selesa akan tetapi selesakah hidup jika setiap malam sukar untuk melelapkan mata kerana memikirkan bagaimana untuk boleh kekal setia membayar kepada bank setiap bulan? Solat boleh tinggal tetapi bayar kepada bank tidak, muslim apakah umat islam hari ini? Dan disebabkan untuk kekal setia kepada bank inilah manusia tanpa sedar menjadi korup, menipu, tikam belakang, pentingkan diri sendiri, ragut, rompak, ambil untung berganda, tidak kira halal haram dan sebagainya. Sistem perbankan moden hari ini adalah penyebab utama keruntuhan masyarakat dan bodohlah kita semua ini (termasuk diri saya) yang masih dungu tidak bersungguh-sungguh mahukan perubahan. Kita semua sebenarnya sedang menggali lubang kubur sendiri.

Bank pula disebabkan mempunyai "tongkat sakti" yang diberikan oleh kerajaan (lesen untuk membuka bank), "zam zam alakazam" mencipta wang baru hanya melalui kira-kira perakuanan semata-mata, mencairkan lagi (inflasi) wang yang sedia ada didalam kitaran. Jika bank mahu membina rumah, dia terpaksa menggunakan wang sebenar (hard cash) kepunyaan pelabur dan juga pendeposit akan tetapi jika projek mereka terbengkalai, bank akan rugi besar dan mungkin terpaksa tutup kedai.
Jadi untuk menjaga kepentingan mereka (bank) risiko semua dialihkan kepada pembeli dan juga hanya wang "magik" baru digunakan, akan tetapi jika projek terbengkalai, pembeli tetap dipaksa membayar balik, mungkin ramai yang menganggap (termasuklah sesetengah ulamak didalam kuliah mereka) pembeli perlu membayar balik kerana itu wang kepunyaan pendeposit dan pelabur jadi sebab itulah wang tersebut wajib dipulangkan kembali, akan tetapi pada hakikat sebenarnya wang tersebut bukanlah milik pendeposit dan pelabur akan tetapi hanyalah wang "sihir" magik ciptaan "tongkat sakti" mereka sahaja (fractional banking system), bukankah itu penindasan dan penzaliman terbesar pada abad ini? Akan tetapi masih ramai yang terhegeh-hegeh menyokong sistem yang menindas mereka ini tanpa sedar.
Seperti yang saya nyatakan dan saudara juga bersetuju bahawa bank sepatutnya bukan institusi yang mengambil keuntungan, tetapi disebabkan bank perlu "survive" maka pada pendapat saudara untung dibolehkan, akan tetapi;
1. Adakah untung itu lebih kepada untuk pekerja atau kepada "board of director" dan pelabur yang hanya goyang kaki dirumah atau hayun kayu golf dipadang golf?
2. Jika hospital kerajaan boleh diadakan dengan bayaran minimum, mengapa bank kerajaan tidak boleh diadakan dengan bayaran minimun juga?
Jawapannya adalah kerana sistem perbankan ini adalah salah satu cara musuh-musuh islam yang di"remote control" oleh syaitan dan dajjal dalam usaha untuk mengalihkan manusia dari beragamakan tuhan maha pencipta kepada agama baru bernama materislitik yang mana tuhannya adalah pihak bank (pelabur yang duduk ditahap atas piramid), masjidnya adalah bank itu sendiri, penceramahnya adalah para pengiklan termasuklah juga ulamak yang menyokong sistem perbankan itu sendiri. Dan amat sedih sekali kerana kebanyakan pemimpin kita hari ini tanpa sedar menjadi sebahagian dari budak suruhan musuh-musuh Islam itu sendiri, mereka telah ketagih akan kuasa hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa.
Kerajaan munafik tidak akan mensubsidikan sistem perbankan kerana melalui sistem perbankan inilah rakyat boleh diperhambakan, diletakkan tali dihidung seperti lembu dan dengan mudah diarah dan mengikut sahaja apa kemahuan dan kehendak mereka untuk memastikan mereka kekal berkuasa. Amat sedih ramai umat islam berlumba-lumba men"cium pungkok" dan mengipas mengampu pemimpin kerana mahukan nikmat dunia. Jujurlah wahai saudara-saudaraku adakah kerana mahukan dunia atau akhirat yang menyebabkan kita mahu mendekati dan menyokong pemimpin-pemimpin masa kini?
Manusia hanya sepatutnya hanya menjadi hamba kepada Allah SWT, melalui agama baru ini manusia tidak lagi bebas untuk beribadat kepada Allah SWT, tiada masa untuk solat lima waktu, kaum ibu juga terpaksa bekerja samada terpaksa membantu suami ataupun mengikut telunjuk dajjal melalui revolusi feminis untuk bebas dan menyamakan taraf mereka dengan lelaki hingga mengakibatkan anak terabai (sila lihat pada skala besar masyarakat dan bukan pada tahap individu semata-mata).
No comments:
Post a Comment