Wednesday, 12 October 2011

Tips dalam Pelaburan Emas..

Assalamualaikum.. Mesti ramai yang berhasrat untuk menyimpan dan memiliki Emas fizikal.. Jadi disini saya berikan tips sebagai panduan kepada anda ...

Jenis Emas
  1. Yang paling penting adalah jenis emas yang bakal dimiliki.
  2. Seeloknya emas yang boleh dijual atau dipajak pada masa anda sangat memerlukan wang dan bukannya akaun emas, sijil emas, saham emas yang mana urusniaga adalah tidak jelas kerana anda tidak memiliki emas fizikalnya.
  3. Emas fizikal seperti gold bar, gold coin atau dinar adalah baik untuk disimpan kerana ianya memang dicipta bertujuan untuk pelaburan maka ianya tiada susut nilai.
  4. Barang kemas adalah tidak digalakkan untuk pelaburan kerana susut nilai nya adalah besar sampai 25%. Disamping terdapat kos upah yangtinggi kerana ianya direka untuk perhiasan wanita dan bukannya pelaburan.
Ketulenan Emas
  1. Ketulenan emas dinilai melalui ni 'k' atau 'karat'
  2. Karat dinilai melalui nisbah 1/24 di mana emas yang mempunyai ketulenan 24k (24/24) adalah emas tulen. Emas 22k membawa maksud emas tersebut mempunyai ketulenan sebanyak 91.7% (22/24)
  3. Semakin tinggi ketulenan emas, semakin baik untuk pelaburan.
  4. Emas 24k, 23k dan 23k adalah baik untuk tujuan pelaburan.

Harga Emas
  1. Adalah penting untuk mendapatkan emas pada harga yang murah..
  2. Harga emas semasa boleh dirujuk kepada Harga Piawaian Kedai Emas Malaysia.
  3. Sebagai contoh harga semasa emas 24k adalah bersamaan RM170/gram, jadi mengapa anda perlu beli pada harga RM190/gram.
Spread
  1. Spread bermaksud perbezaan harga apabila anda beli emas dan harga apabila anda ingin menjual kembali emas anda.
  2. Semakin kecil peratus spread, adalah semakin baik untuk emas itu dibeli.
  3. Kadar spread Public Gold adalah sebanyak 5%-6%.
                     (Contoh Harga Jual dan Harga Belian Public Gold) - Spread

Mudah Dijual Kembali
  1. Bermaksud emas yang anda beli tadi hendaklah mudah untuk dijual balik atau dipajak semasa anda memerlukan wang/cash.
  2. Secara kebiasaannya, emas tadi boleh dijual balik kepada pihak dimana anda membeli emas tersebut.
  3. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli emas dari Poh Kong, apabila ingin menjual kembali emas tersebut, hendaklah dijual kembali kepada pihak Poh Kong. Ia bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan yang anda perolehi hasil dari jualan tersebut dan untuk mengelakkan pelbagai karenah dari kedai lain.
Diharapkan tips di atas dapat membantu anda dalam membuat keputusan ketika hendak membeli emas. Selamat melabur...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...