Wall Street merupakan pusat perdagangan saham yang terletak di New York City.. Tapi, sejak beberapa hari ini kita ada mendegar berita mengenai rusuhan yang berlaku di sekitar Wall Street di Amerika Syarikat. Rusuhan dilakukan oleh golongan yang merupakan Anti-Wall Street yang menuntut keadilan ekonomi bagi rakyat Amerika.
Kebayakan daripada rakyat Amerika sekarang mulai sedar akan wujudnya satu konspirasi dimana satu sistem yang hanya menguntungkan golongan elit di sana. Yang kaya akan terus kaya manakala yang sederhana dan kurang berkemampuan akan terus merasai perit tatkala hidup dalam keadaan ekonomi yang teruk pada ketika ini.