Saturday, 8 October 2011

Public Gold Di Media Mengenai Kepentingan Menyimpan Emas

Ramai orang tanya saya macam mana pelaburan emas ni? Macam mana nk dapat untung ? Disini saya share sikit berkenaan pelaburan emas/simpanan emas. Sila tengok video-video di bawah...

1)  Pandangan Pengasas Public Gold mengenai kepentingan menyimpan Emas di TV1..







2)  Temuramah bersama Pengasas Public Gold di Astro Awani..



3)  Saranan Dato' Salleh Majid (bekas Presiden BSKL)


Kesimpulannya dapat saya huraikan kat sini bahawa menyimpan emas adalah suatu pelaburan yang baik demi menjamin masa depan dalam suasana ekonomi seluruh dunia yang dilanda pelbagai masalah hutang di Europe. Contohnya negara Greece mungkin berhadapan dengan kemungkinan bankrap disebabkan hutang yang terlampau tinggi iaitu 150% daripada pendapatan dalam negaranya. Dan sehingga kini masih tiada penyelesaian kepada masalah itu. 

Tambahan pula dengan keadaan negara Italy yang telah digugurkan penarafan kredit (rating kemampuan membayar hutang) oleh agensi pengkreditan. Negara yang bakal mengikuti jejak langkah Greece.

Selain itu, Amerika Syarikat pula telah meminta untuk menaikan lagi had limit hutangnya (nak hutang lagi) kepada USD14.7 Trillion daripada USD14.3 Trillion. Dan hutang ini akan sentiasa meningkat. Buat pengetahuan anda, pemegang terbesar hutang bagi negara US adalah negara China dan Jepun. 

Jadi, anda fikir sejenak sekiranya berlaku konflik di antara negara US dengan China ataupun Jepun? Begitulah keadaan dunia hari ini.. Masalah ekonomi tidak akan pernah hilang sehinggalah kita berbalik kepada amalan di zaman Nabi dan sahabat iaitu penggunaan emas dan perak dalam sistem ekonomi dan kewangan (dan bukannya kertas yang di paksa untuk bernilai!!)...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...