Saturday 8 October 2011

Kesan Inflasi ke Atas Pelaburan..

"Harga barang naik lagi", "bila harga minyak naik, harga barang pun naik", "barang naik gaji tak naik-naik.", "mana cukup gaji banyak ni".... Pernah anda dengar keluhan macam ni kat luar sana?? semestinya ramai orang yang mengeluh disebabkan harga barang - barang keperluan semakin hari semakin meningkat. Gaji yang kita dapat hari ini, boleh dikatakan macam tidak cukup saja..

Anda mesti pernah dengar perkataan inflasi? Ramai di kalangan rakan saya yang merupakan pelajar-pelajar perakaunan, malah orang yang bekerja dalam bidang kewangan sendiri.. Namun saya pasti kebanyakan daripada kita hanya memahami maksud inflasi adalah berkenaan kenaikan harga barang.. Lebih mendalam, bagaimana inflasi berlaku ? bagaimana inflasi menjejaskan pelaburan kita? Simpan duit dalam ASB tahun ni dan tunggu setahun anda tengok duit anda meningkat.. WAH...!!!! (Apa lagi inflasi yang kau nak kata KHAIRI??, duit aku meningkat je!!). Mungkin ramai yang masih kurang faham.
    
Biar saya kongsi sedikit mengenai inflasi ini agar anda dapat faham dengan lebih mendalam. Inflasi bermaksud penyusutan nilai wang kita dan ia boleh diukur dengan %. Apabila kita mengatakan nilai inflasi sebanyak lima peratus setahun, itu bermakna nilai sebenar wang kita berkurangan sebanyak lima peratus setiap tahun walaupun nilai mukanya (face value) masih tetap sama. Katakan kita melabur dalam saham amanah (ASB) yang memberikan pulangan dividen sebanyak 5% setahun, pada akhir tempoh pelaburan, kita sebenarnya rugi walaupun jumlah wang kita bertambah.. Maknanya pelaburan kita RUGI???

                          Graf nilai pelaburan berbanding nilai sebenar
        
Cuba anda lihat Jadual di bawah untuk memahami bagaimana nilai wang anda dimamah inflasi walaupun pada akhir tempoh pelaburan, anda lihat wang anda meningkat...



Mungkin saya tidak perlu mengulas lebih panjang kerana jadual di atas sudah tentu membuka mata kita dan menyedarkan kita bahawa kita telah di tipu oleh sistem ekonomi (Biarlah ia berlalu kerana ini mungkin kerja mereka). Sungguhpun jumlah akhir hasil pelaburan anda meningkat kepada RM1215.51, iaitu lebih banyak daripada pelaburan asal RM1000, namun hendaklah anda sedar bahawa nilai sebenar wang anda itu hanya RM 803.95 ataupun berkurangan sebanyak RM196.05. Tidakkah ianya merugikan? tatkala anda menyimpan dalam ASB pun dah rugi.. Apa lagi yang simpan duit bawah bantal.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...