Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dalam perbandingan menyimpan emas fizikal berbanding menyimpan duit kertas (RM) yang dikenali sebagai "fiat".
Pada tahun 2011, Saya memulakan pelaburan emas dengan pembelian beberapa ketul dinar emas (916), perak serta beberapa ketul jongkong emas (999.9).
Izinkan saya membuat perbandingan ringkas mengenai harga beberapa ketul emas dan perak yang pernah dibeli oleh beberapa pelanggan dan juga saya sendiri. Untuk itu, cuba tengok gambar di bawah ni:
(Harga 1 Dinar Public Gold pada 30/05/2011)Harga 1 Dinar pada bulan Mei 2011 hanya RM691, malah lebih rendah pada tahun sebelumnya (RM500+ pada tahun 2010). Mari kita lihat harga 1 Dinar ini pada waktu ini, iaitu pada artikel ini di tulis:
Sekarang adakah anda nampak keuntungannya sangat jelas? Walaupun keuntungan dalam pelaburan emas dan perak adalah lebih baik diukur dalam masa panjang (lihat keuntungan pelaburan emas), namun saya disini suka untuk membuat perbandingan sekadar untuk berkongsi dengan rakan-rakan saya yang lain yang masih mencari-cari pelaburan yang sesuai.
Bayangkan sekiranya saya menjual 1 Dinar ini, ia memadai untuk memberi pulangan walaupun dalam jangka masa hanya beberapa bulan. Buat pengetahuan anda, 1 Dinar ini sudah pun mencecah RM820 pada bulan Ogos yang lepas. Cuba bayangkan sekiranya saya menjual 1 Dinar ini pada waktu tersebut.. Penurunan harga dalam bulan September ini tak lain tak bukan, adalah peluang kepada anda untuk membelinya pada harga yang rendah.
Namun anda tak perlu risau kerana penurunan (correction) harga emas dan perak ini adalah seketika, sebelum ia menyambung semula "up-trend" nya.
Sekarang cuba perhatikan harga 250gram Perak/Silver pada 30 September 2011:
Bezakan pula dengan harga Silver 250gram setengah bulan kemudian iaitu pada artikel ini ditulis:
Jadi anda cuba bayangkan harganya dalam masa beberapa tahun akan datang. Apa yang pasti kenaikan harga perak dan emas secara puratanya meningkat dalam 20%-45% setahun. Dan potensi emas dan perak ini masih lagi dalam keadaan trend menaik (bull) dalam masa 5 - 10 tahun mendatang. Jadi masih awal jika anda berminat untuk membelinya.
Oleh itu pada pendapat anda simpanan mana yang lebih untung? Emas dan Perak ATAU Wang?
Tepuk dada tanya selera. Duit anda, anda pilih... (@_@)
Sekian..
Khairi : 014-3648553
No comments:
Post a Comment