Assalamualaikum..
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai bagaimana hendak melihat harga emas semasa, kerana harga emas semasa selalunya ditetapkan dalam US dolar. Saya sempat melihat video hasil daripada sahabat di bawah rangkaian Institutemas. Ianya cukup kretif dan sangat jelas dalam merungkai cara melihat harga emas semasa. Kerana ia adalah amat penting kepada setiap pelabur-pelabur dalam meneliti pasaran emas dan perak. Jadi bagi memahami dengan lebih lanjut, sila saksikan video di bawah, diharapkan anda dapat manfaatnya:
Harga emas dunia berubah setiap saat dan ditentukan oleh 4 pasaran emas utama dunia yang dibuka secara berperingkat iaitu:
- Pasaran Hong Kong
- Pasaran Switzerland
- Pasaran London
- Pasaran New York
Harga emas Malaysia di pasaran biasanya ditentukan oleh persatuan emas Malaysia iaitu Federation Goldsmiths & Jeweller Association Malaysia (FGJAM) biasanya 3-4 kali setahun berdasarkan harga dunia.
Harga emas di Maybank & UOB ditentukan sekali sehari bergantung pada pasaran Hong Kong sahaja.
Harga emas Public Gold walaubagaimanapun ditentukan setiap 20 minit sekali mengikut harga pasaran dunia semasa 24jam sehari.
Bagi senarai lengkap rujukan harga emas dunia & negara kita, boleh rujuk di pautan capaian seperti berikut:
- Harga Emas Dunia Semasa ( KITCO)
- Harga Emas dalam RM/gram (Emas Mentah)
- Harga Piawai Kedai-Kedai Emas Seluruh Malaysia (FGJAM)
- Harga Emas Public Gold
- Harga Dinar Public Dinar
- Harga Kijang Emas BNM
- Harga Emas United Overseas Bank (UOB)
- Harga Emas Akaun Maybank GSPA
- Harga Emas KFH Gold account-i
- Harga Emas Akaun Public Bank GIA
- Harga Dinar & Dirham Kelantan
- Harga Emas GCP
- Harga Emas Serambi Emas
- Harga Emas DGE
Credit to: Institutemas.blogspot.com
No comments:
Post a Comment