Friday, 9 December 2011

Mari Contohi Sahabat Nabi, Abdul Rahman ‘Auf Tokoh..

Sama-sama kita renungkan kisah seorang sahabat nabi ini yang sungguh kaya tetapi merendah diri. KETIKA hayatnya, Abdul Rahman ?Auf sering menyedekahkan sebahagian besar harta kekayaannya untuk jihad fisabilillah. Oleh itu umat Islam digalakkan mencontohi sifat mulia beliau supaya mendapat keredaan Allah. Hartawan Islam mantapkan jaringan sosial, ekonomi penduduk Madinah dengan hartanya

KEBANYAKAN konglomerat Madinah sepanjang sejarah permulaan Islam berasal dari kota Makkah atau yang disebut sebagai Muhajirin, orang yang berhijrah sebagai saudara kepada penduduk asal Madinah yang disebut Ansar. Antara mereka ialah Khalifah Othman bin ‘Affan, al-Zubeir bin ‘Awwam, al-Abbas bin Abdul Mutallib dan Abdul Rahman bin ‘Auf..

Apabila kita mengira jumlah harta kekayaan mereka, kita akan berasa takjub dan terkesima sehingga akan banyak pertanyaan dalam minda kita. Kita akan lebih takjub dan tercengang apabila kita perhatikan sepak terajang mereka dalam menafkahkan harta mereka di jalan Allah demi untuk mendapatkan keredaan Allah SWT.
Kekayaan yang melimpah ruah yang dimiliki kaum Muhajir itu adalah bukti kebenaran ayat al-Quran yang bermaksud: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur.” (Surah al-Nisa: 100)

Mereka dalam kesempitan hidup ketika berada di Makkah demi perjuangan membela Islam dan mereka kemudian menemukan tempat hijrah yang sesuai sehingga boleh mengumpulkan rezeki yang banyak lalu sempat mensyukurinya. Abdul Rahman bin ‘Auf adalah satu contoh Muhajir yang berjaya.

Abdul Rahman bin Auf membangunkan jaringan sosial dan ekonomi yang kukuh di Madinah sehingga dengan kekayaannya yang luar biasa boleh menstabilkan perekonomian Madinah demi kepentingan penduduknya.

Ketika beliau meninggal dunia, antara harta warisnya ialah 1,000 unta (RM3 juta), 100 kuda (RM1 juta), 3,000 kambing (RM900,000), beliau mempunyai empat isteri dan masing-masing mendapatkan pembahagian khusus 80,000 dinar (RM 40.8 juta). Beliau memerdekakan sejumlah besar budak-budak yang dimilikinya. Kemudian diwasiatkannya supaya memberikan 400 dinar (RM204,000) kepada masing-masing bekas pejuang Perang Badar. Mereka berjumlah 100 orang, dan semua mengambil bahagiannya masing-masing (RM20.4 juta). Subhanallah.

Di samping itu masih ada peninggalannya berupa emas dan perak, yang jika beliau membahagikannya kepada ahli warisnya dengan mengapak, maka potongannya cukup menjadikan seorang ahli warisnya menjadi kaya raya.

Beliau juga berwasiat supaya memberikan hartanya yang paling mulia untuk Ummahat al-Mukminin, Aisyah ra sering mendoakannya: “Semoga Allah memberikannya minum dengan minuman dari telaga salsabil.”

Beliau pernah menyedekahkan hartanya untuk kepentingan jihad sebanyak 40,000 dinar (RM20.4 juta), menyerahkan 500 kuda (RM5 juta) dan 1,500 unta (RM4.5 juta) kepada pejuang. Daripada buku yang mengisahkan kepahlawanan sahabat Rasulullah yang ditulis oleh Abdul Rahman Ra’fat Basya kita memperoleh susuk Abdul Rahman bin ‘Auf yang menakjubkan dan perlu diteladani umat Islam.

Beliau termasuk lapan orang yang mula-mula masuk Islam; beliau juga termasuk 10 orang yang diberikan khabar gembira oleh Rasulullah masuk syurga; beliau termasuk enam sahabat yang bermusyawarah dalam pemilihan khalifah sesudah Umar bin Khattab RA; dan beliau adalah seorang mufti yang dipercayai Rasulullah SAW untuk berfatwa di Madinah ketika Baginda masih hidup di tengah-tengah masyarakat Islam.

Namanya pada masa Jahiliah ialah Abd Amr. Setelah masuk Islam Rasulullah menggantikannya dengan Abdul Rahman bin Auf. Beliau memeluk agama Islam sebelum Rasulullah SAW masuk ke rumah al-Arqam, iaitu dua hari sesudah Abu Bakar al-Siddiq memeluk Islam.

Dalam proses hijrah ke Madinah di mana Rasulullah mempersaudarakan kaum Muhajir dan kaum Ansar, Abdul Rahman bin Auf dipersaudarakan dengan Sa’ad bin Rabi’ al- Anshari RA. Pada suatu hari Sa’ad berkata kepada Abdul Rahman: “Wahai saudaraku Abdul Rahman. Aku termasuk orang kaya di antara penduduk Madinah. Hartaku banyak. Saya mempunyai dua bidang kebun yang luas, dan dua isteri. Pilihlah olehmu salah satu di antara kedua-dua kebun itu, kuberikan kepadamu mana yang kamu sukai. Begitu pula salah seorang di antara kedua-dua isteriku akan kuserahkan mana yang kamu sukai, kemudian aku nikahkan engkau dengan dia.” Jawab Abdul Rahman bin Auf: “Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya kepadamu, kepada keluargamu, dan kepada hartamu. Saya hanya akan minta tolong kepadamu untuk menunjukkan di mana letaknya pasar Madinah ini.”

Sa’ad menunjukkan pasar tempat berjual beli kepada Abdul Rahman. Maka, mulailah beliau berniaga di sana, berjual beli, melaba dan merugi. Belum berapa lama dia berdagang, terkumpullah wangnya sekadar cukup untuk mahar menikah. Dia datang kepada Rasulullah memakai wangi-wangian. Baginda menyambut kedatangan Abdul Rahman seraya bersabda yang bermaksud: “Alangkah wanginya kamu, hai Abdul Rahman.” Jawab Abdul Rahman: “Saya hendak menikah wahai Rasulullah.” Tanya Rasulullah: “Apa mahar yang kamu berikan kepada isterimu?” Jawab Abdul Rahman: “Emas seberat biji kurma.” Kata Rasulullah: “Adakan kenduri, walau hanya dengan menyembelih seekor kambing. Semoga Allah memberkati pernikahanmu dan hartamu.” Kata Abdul Rahman: “Sejak itu dunia datang menghadap kepadaku (hidupku makmur dan bahagia). Hingga seandainya aku angkat sebuah batu, maka di bawahnya aku dapati emas dan perak.”

Begitulah doa Rasulullah SAW untuk Abdul Rahman sehingga perniagaannya selalu meningkat dan berkembang. Kabilah dagangnya terus-menerus hilir mudik ke Madinah mengangkut gandum, tepung, minyak, pakaian, barang-barang pecah-belah, wangi-wangian dan segala keperluan penduduk.

Pada suatu hari iring-iringan kabilah dagang Abdul Rahman terdiri daripada tujuh ratus unta bermuatan penuh tiba di Madinah. Semua membawa makanan, pakaian dan barangan lain keperluan penduduk. Ketika mereka memasuki kota, bumi seolah-olah bergetar. Terdengar suara gemuruh dan hiruk-pikuk. Sehingga Aisyah bertanya, “Suara apa hiruk-pikuk itu?” Dijawab orang: “Kalifah Abdul Rahman dengan iring-iringan tujuh ratus unta bermuatan penuh membawa makanan, pakaian dan lain-lain.” Kata Aisyah: “Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya bagi Abdul Rahman dengan baktinya di dunia, serta pahala yang besar di akhirat. Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dengan merangkak (kerana syurga sudah dekat sekali kepadanya).”

Sebelum menghentikan iring-iringan unta, seorang pembawa berita mengatakan kepada Abdul Rahman bin Auf berita gembira yang disampaikan Aisyah, bahawa Abdul Rahman bin Auf masuk syurga. Serentak mendengar berita itu, bagaikan terbang dia menemui Aisyah. Katanya: “Wahai ibu, apakah ibu mendengar sendiri ucapan itu diucapkan Rasulullah?” Jawab Aisyah: “Ya, saya mendengar sendiri.” Abdul Rahman melonjak bahagia. Katanya: “Seandainya aku sanggup, aku akan memasukinya sambil berjalan. Sudilah ibu menyaksikan, kabilah ini dengan seluruh kenderaan dan muatannya, kuserahkan untuk jihad fisabilillah.”

Cuba kita bayangkan, seandainya ada 700 kontena yang berisi penuh keperluan memasuki Kuala Lumpur sudah tentu akan membuat heboh penduduknya dan yang akan membuat lebih heboh lagi ialah semuanya berserta isinya disedekahkan kepada penduduk Kuala Lumpur. Nah, siapa yang sanggup mencontohi susuk Hijrah kita yang satu ini? Selamat Tahun Baru Hijrah 1433.

~Sumber dari www.bharian.com.my

Monday, 7 November 2011

Kegagalan Bretton Woods - End of gold standards..

Assalamualaikum...

Hampir semua sistem matawang dunia sekarang ini menggunakan wang kertas dan kini sistem matawang dunia telah mula berubah wajah, kepada unit dalam bentuk signal komputer yang disimpan dalam cip elektronik berbentuk kad.  Apakah wang dan peranan wang dalam penghidupan bermasyarakat?

    Wednesday, 2 November 2011

    Kos Haji Murah jika.....

    Source : Utusan Malaysia (3 Oct 2010)

    YAN 2 Okt. – Kenaikan kos menunaikan ibadah haji bagi jemaah dari negara ini mungkin tidak dapat dielakkan pada tahun depan berikutan peningkatan tambang dan kos penginapan di tanah suci Mekah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan terpaksa menaikkan kos mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim akan datang dan pihaknya sedang mempertimbangkan kewajaran kenaikan tersebut.

    Katanya, jika benar berlaku, kenaikan itu akan mengambil kira dan menjaga kepentingan semua pihak terutama para jemaah serta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH). “Saya mengharapkan kalau berlaku kenaikan sekalipun ia tidak membebankan jemaah haji. Saya rasa jemaah haji dalam konteks yang ada sekarang amat memahami bahawa di rantau sebelah ASEAN, kita mengenakan harga paling rendah” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Aidilfitri dan Penyampaian Sumbangan 2010 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini hari ini. Jamil Khir berkata, pengurusan TH sedang melaksanakan kajian kenaikan kadar menyeluruh tambang haji tahun hadapan melibatkan pelbagai sudut dan aspek. Katanya juga, kajian itu perlu dilakukan kerana kenaikan kos penginapan dan tempat tinggal para jemaah di sana selain kos bagi proses pembesaran Masjidil Haram serta kemudahan lain yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.  Bahkan, kata beliau, kerajaan Arab Saudi meletakkan kenaikan sekurang-kurangnya 25 peratus yang melibatkan penginapan dan makanan di Kota Mekah. ‘‘Kajian mengenai perkara ini mungkin selesai pada penghujung tahun ini apabila pasukan yang ditugaskan tiba di Mekah untuk mengkaji sendiri kos sebenar seperti penginapan di kawasan baru di sana”, ujar beliau.

    Tuesday, 1 November 2011

    Pelaburan Berbaloi for "Middle-Income Class" - The Star

    KUALA LUMPUR: Preservation of wealth in gold and silver bullion is easier and more affordable among middle - income workers compared with investing in properties, says a market player. Online - based trader Mynet Capital Sdn Bhd's executive chairman Terry Ghani said gold and silver bullion were more economical for the middle income group than properties as they could be bought in small portions and according to the customer's capacity.

    "It's a tactical asset because you can capitalise on price appreciation...at the same time a strategic asset as a long-term wealth preservation," he told Bernama in an interview recently. He said a gold or silver bullion was also better than a property in terms of mobility, explaining that in case the owner needed to move to another place, it would be easier to sell the bullion in the open market as it was the most widely accepted form of precious metal.

    Wednesday, 26 October 2011

    New World Order : Siapa di Sebalik Konspirasi Jahat?

    "New World Order". Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila melihat dan membaca frasa tersebut? ‘Pemerintahan dunia baru'. Apakah ianya sekadar ‘peralihan kuasa' daripada tampuk pemerintahan lama kepada yang baru?
       
    Dunia Milik Golongan Elit

    Berdasarkan rujukan, ‘new world order' adalah satu pemerintahan yang diorganisasikan oleh sebuah ‘kuasa' yang besar dan kuat. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki. Tidak dinafikan jika dilihat kembali, kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan elit. Golongan elit ini juga lebih dikenali sebagai "Illuminati". Apabila disebutkan ‘pertalian kekeluargaan', ini menunjukkan bahawa golongan ini telah lama wujud, iaitu sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Jadi, ini bermakna ‘new world order' ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama di jalankan, dan ianya berlarutan sehingga kini. Ianya hanya akan ‘tamat', apabila agenda mereka tercapai.

    US Subprime Crisis : Kesan Dari Sistem Riba

    Amerika Syarikat sedang menghadapi kejatuhan ekonominya akibat sistem kapitalis. Apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan riba?. Dan adakah jika sistem kewangan dan ekonomi Islam dilaksanakan, kita akan terselamat dari malapetaka seperti ini. Tulisan ini akan cuba mendedahkan isu ini dalam bentuk yang separa ilmiah dengan kumpulan sasaran pembaca orang awam. 

    Saturday, 22 October 2011

    Apakah Perbezaan Jual Beli dan Riba?



    Assalamualaikum, 

    Adakah jual beli sama dengan riba? Disini saya ingin berkongsi mengenai pandangan beberapa orang yang ilmuan dan mahir dalam persoalan ini. Saya rumuskan dalam artikel ini dan berharap ianya membantu saudara dalam memahami masalah ini.

    Contoh yang boleh diperhatikan adalah seperti ini,

    Monday, 17 October 2011

    A Visualization of United States Debt

    I came across an interesting site call WTFnoway.com that had an infographic showing the visualization of the debt of the Untied States of America. Starting with the $100 bill, WTFnoway gives you an idea on how many stacks of bills it takes to make various amounts. They show what $10,000 looks like, then $1 million, and continued from there. Below is a Visualization of what $100 million look like in dominations of $100. Nice to keep reading and see for yourself..


    Now, the United States owes a lot more than $100 million. Heck, the deficit alone is going to $1.7 trillion this year and the national debt is going to top $15 trillion by December 2011.

    As big and scary as that sound, the number pails in comparison to the $114.5 trillion US unfunded liabilities. This is the amount of money the US government knows it doesn’t have to fully fund Medicare, social security, military, civil servant pensions, and all the other good stuff we come to expect from living in the land of the debt. Land of debt? "YES.. Its America.."

    What does $114.5 trillion look like? Go to WTFnoway to find out..

    "No Fiat Currency Has Lasted Forever"

    Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia..

    Saya harap anda semua dalam keadaan sihat.. Pada akhir-akhir ni kita banyak dengar tentang segala macam masalah ekonomi yang melanda dunia. Kegagalan sistem kewangan yang berasaskan riba memang tidak akan kemana-mana. Tidak hairanlah bahawa Allah sangat melarang manusia untuk terlibat dengan riba sama ada secara langsung atau tak langsung.

    Ramai tidak sedar bahawa kita sedang menuju ke arah kehancuran sistem-sistem kotor yang di reka oleh Yahudi ini, iaitu sistem matawang. Ramai pengkaji menjangkakan bahawa kita akan menyaksikan kejatuhan sistem ini sekaligus membuatkan duit kertas anda tiada nilai.. "Dollar actually going to zero". Sejarah sebenarnya telah banyak memberikan amaran bahawa tiada matawang yang bertahan selama-lamanya. Ia adalah satu sistem yang membawa kepada kehancuran dan ketidakadilan.

    Saturday, 15 October 2011

    Rahsia Tersembunyi Yang Amat Digeruni Yahudi


    Malaysia diambang kemusnahan. Mungkin ada yang marah atau tertawa atau tersenyum sinis mendengar ungkapan ini. Untuk sementara waktu, lupakanlah sangkaan dan jauhilah permasalahan politik kerana ia lebih jauh dan rumit dari sangkaan itu.

    Simpan Emas dan Perak, atau RM? Mana lebih baik?

    Assalamualaikum dan salam sejahtera..

    Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dalam perbandingan menyimpan emas fizikal berbanding menyimpan duit kertas (RM) yang dikenali sebagai "fiat".

    Pada tahun 2011, Saya memulakan pelaburan emas dengan pembelian beberapa ketul dinar emas (916), perak serta beberapa ketul jongkong emas (999.9).

    Izinkan saya membuat perbandingan ringkas mengenai harga beberapa ketul emas dan perak yang pernah dibeli oleh beberapa pelanggan dan juga saya sendiri. Untuk itu, cuba tengok gambar di bawah ni:

    Friday, 14 October 2011

    Bagaimana Melihat Harga Emas?


    Assalamualaikum..

    Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai bagaimana hendak melihat harga emas semasa, kerana harga emas semasa selalunya ditetapkan dalam US dolar. Saya sempat melihat video hasil daripada sahabat di bawah rangkaian Institutemas. Ianya cukup kretif dan sangat jelas dalam merungkai cara melihat harga emas semasa. Kerana ia adalah amat penting kepada setiap pelabur-pelabur dalam meneliti pasaran emas dan perak. Jadi bagi memahami dengan lebih lanjut, sila saksikan video di bawah, diharapkan anda dapat manfaatnya:


    Kebangkitan Rakyat Amerika, "Occupy Wall Street, End Federal Reserve!!"

    Wall Street merupakan pusat perdagangan saham yang terletak di New York City.. Tapi, sejak beberapa hari ini kita ada mendegar berita mengenai rusuhan yang berlaku di sekitar Wall Street di Amerika Syarikat. Rusuhan dilakukan oleh golongan yang merupakan Anti-Wall Street yang menuntut keadilan ekonomi bagi rakyat Amerika. 

    Kebayakan daripada rakyat Amerika sekarang mulai sedar akan wujudnya satu konspirasi dimana satu sistem yang hanya menguntungkan golongan elit di sana. Yang kaya akan terus kaya manakala yang sederhana dan kurang berkemampuan akan terus merasai perit tatkala hidup dalam keadaan ekonomi yang teruk pada ketika ini. 

    Wednesday, 12 October 2011

    Tips dalam Pelaburan Emas..

    Assalamualaikum.. Mesti ramai yang berhasrat untuk menyimpan dan memiliki Emas fizikal.. Jadi disini saya berikan tips sebagai panduan kepada anda ...

    Jenis Emas
    1. Yang paling penting adalah jenis emas yang bakal dimiliki.
    2. Seeloknya emas yang boleh dijual atau dipajak pada masa anda sangat memerlukan wang dan bukannya akaun emas, sijil emas, saham emas yang mana urusniaga adalah tidak jelas kerana anda tidak memiliki emas fizikalnya.
    3. Emas fizikal seperti gold bar, gold coin atau dinar adalah baik untuk disimpan kerana ianya memang dicipta bertujuan untuk pelaburan maka ianya tiada susut nilai.
    4. Barang kemas adalah tidak digalakkan untuk pelaburan kerana susut nilai nya adalah besar sampai 25%. Disamping terdapat kos upah yangtinggi kerana ianya direka untuk perhiasan wanita dan bukannya pelaburan.

    Emas Rahsia Kekuatan Ekonomi Islam..


    Assalamualaikum para sahabat sekalian.. Izinkan saya berkongsi sedikit bagaimana ekonomi islam dapat dapat diperkuatkan melalui penggunaan Emas dan Perak. Di bawah saya sertakan video temuramah TV Selangor bersama Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIS, Sheikhulmaqari Hj Othman Hamzah... Sama-sama kita tengok ya...

    Tuesday, 11 October 2011

    Keuntungan Pelaburan Emas dan Perak..

    Assalamualaikum.. Pada petang ni berminat pula saya nk share satu video mengenai keuntungan pelaburan emas fizikal.. Kepada yang para sahabat yang masih kurang faham sila saksikan video di bawah untuk membantu anda lebih memahami hakikat ini... 

    (Tahniah kepada Ustaz Zulkifli Ahmad dan Team Sunnahemas.com)

    Manfaat Menyimpan Emas dan Perak..

    Assalamualaikum sahabat sekalian.. Hari ini saya berminat untuk berbincang mengenai kebaikan menyimpan emas dan perak. Ingatlah bahawa setiap penulisan dalam artikel saya merupakan salah satu cara saya berkongsi ilmu dan idea mengenai cara terbaik pelaburan fizikal emas ini. Sesungguhnya perkara yang baik datang daripada Allah dan yang kurang daripada saya.. Jangan anda terpengaruh dengan penulisan saya.. Cuma ini hanyalah cadangan saya.. Ikhlas.. 

    Monday, 10 October 2011

    Peringatan Hadis Mengenai Emas Dan Perak..

    (Penggunaan Hadis di dalam artikel ini adalah bertujuan untuk perkongsian Ilmu Islam sahaja)

    Terjemahan Hadis,

    Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat (galian) mereka. Maka sahabat berkata: "Hai RasuIullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita". Lalu Nabi saw. menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat". (H.R.Baihaqi)

    Sunday, 9 October 2011

    Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas - Dr Mahathir


    LANGKAWI, 15 Dis (Bernama) — Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Saturday, 8 October 2011

    Public Gold Di Media Mengenai Kepentingan Menyimpan Emas

    Ramai orang tanya saya macam mana pelaburan emas ni? Macam mana nk dapat untung ? Disini saya share sikit berkenaan pelaburan emas/simpanan emas. Sila tengok video-video di bawah...

    1)  Pandangan Pengasas Public Gold mengenai kepentingan menyimpan Emas di TV1..



    Kesan Inflasi ke Atas Pelaburan..

    "Harga barang naik lagi", "bila harga minyak naik, harga barang pun naik", "barang naik gaji tak naik-naik.", "mana cukup gaji banyak ni".... Pernah anda dengar keluhan macam ni kat luar sana?? semestinya ramai orang yang mengeluh disebabkan harga barang - barang keperluan semakin hari semakin meningkat. Gaji yang kita dapat hari ini, boleh dikatakan macam tidak cukup saja..

    Friday, 7 October 2011

    Mengapa Emas Mahal?

    Biasanya sesuatu barang menjadi mahal kerana ianya sedikit ataupun ianya mempunyai banyak kelebihan. Emas memiliki kedua-dua ciri tersebut. Tidak seperti logam lain, kuantiti emas di seluruh dunia adalah amat sedikit.
        
    Dianggarkan sekiranya keseluruhan emas yang pernah dikeluarkan dari perut bumi di seluruh dunia dikumpulkan, ianya sekadar membentuk sebongkah kiub tinggi 18 meter sebesar setengah gelanggang tenis sahaja.


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...